Info Komputer

welcome

Selamat datang ke blog info komputer semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mendalami ilmu berkaitan dengan komputer. Mafaatkalah blog info komputer ini sebaik mungkin semoga membantu anda dalam masalah berkaitan komputer.

10 serangan virus terkejam sepanjang masa


Malware adalah masalah yang besar. Di tahun 2006 saja, kerugian dan kerosakan yang telah disebabkan malware dianggarkan bernilai USD13,3 juta, ia termasuk kehilangan produktiviti tenaga kerja dan turunnya pendapatan akibat kerosakkan dan kematian sistem. Dan inilah beberapa serang virus terkejam yang pernah terjadi.

1. Morris, 1988
Salah satu worm internet pertama yang pernah ada, Morris dicipta oleh Robert T. Morris, seorang mahasiswa Cornell University, yang mengatakan tujuan awalnya adalah untuk mengukur besarnya internet. Dengan mengeksploitasi ke dalam Unix sendmail, Morris terus menginfeksi sebuah komputer berkali-kali dan akhirnya melumpuhkan 6.000 komputer (pada wektu itu penggunaan internet sekitar 60.000 saja). Walaupun Morris menyebabkan kerugian antara USD10 – USD100 juta, ia hanya dikenakan hukuman percubaan selama 3 tahun dan denda sebanyak USD10.050.
2. Melissa, 1999
Di cipta oleh David L. Smith, ia dinamakan sesuai dengan seorang penari Florida yang disukainya. Melissa memaksa syarikat besar seperti Microsoft, Intel Corp., dan Alcatel Lucent untuk menutup gateway email mereka kerana besarnya lalu lintas yang disebabkan virus ini. Smith dikenakan hukuman 40 tahun penjara dan denda yang luar biasa besarnya. Tetapi kemudian hukumannya dikurangkan kepada 20 bulan dan denda USD5.000 karena ia setuju untuk bekerjasama dengan FBI selama beberapa tahun untuk menangkap pembuat – pembuat malware lain.
3. VBS/Loveletter, 2000
Bermula pada 4 Mei di Filipina. Worm ini tersebar ke seluruh dunia hanya dalam waktu sehari dengan menggunakan alamat email yang terdapat di komputer yang telah digunakan untuk mengirim pesanan bervirus ke target barunya. Worm ini telah menyebabkan kerugian sebanyak USD5,5 juta kerana sistem email berbagai syarikat dan negara harus dimatikan untuk menghilangkan virus ini.
4. Code Red, 2001
Code Red menjangkiti komputer yang menggunakan Microsoft IIS Web server, mengeksploitasi suatu buffer overflow dan merosakan laman web dengan teks “HELLO! Welcome to http://www.worm.com! Hacked By Chinese!” Sebuah patch berhasil dibuat setelah sebulan Code Red ini menyerang, tetapi Code Red telah menyebabkan kerugian sebanyak USD2,6 juta dan menyebabkan gangguan hebat dalam akses internet, menurut Internet Storm Center.
5. Nimda, 2001
Nimda (’admin’ yang dibaca terbalik) hanya memerlukan 22 minit untuk tersebar seperti Code Red. Nimda menggunakan beberapa cara yang berbeza untuk tersebar dan mencipta email untuk menyebarkan dirinya sendiri, memancing pengguna ke web yang dijangkiti, memanfaatkan kelemahan yang ada pada Microsoft IIS dan memanfaatkan worm Sadmind atau Code Red yang sudah terinstall. Nimda menyebabkan kerugian sekitar USD635 juta.
6. SQL Slammer, 2003
25 Januari, Worm ini menggunakan kelemahan buffer overflow dalam produk database MSDE (Microsoft Desktop Engine) dan Microsoft SQL Server. Ia dengan cepat tersebar dengan menyalin dirinya sendiri ke seluruh dunia, menyebabkan DoS (denial of service) dan melambatkan seluruh internet. Dianggarkan sebanyak 150.000 hingga 200.000 sistem telah dijangkiti. Sama seperti Code Red, sebuah patch untuk mengatasi kelemahan pada SQL Servertelah dicipta setelah berbulan-bulan lamanya.
7. MS Blaster, 2003
Bermula pada 11 Ogos, Blaster tersebar melalui berbagai Windows OS dan menyerang laman web windowsupdate.com milik Microsoft dengan serangan DoS. Ia menyebabkan pelbagai masalah dan restart berkali-kali pada sistem yang menggunakan Windows NT, Windows XP (64-bit) dan Windows 2003. Ia telah menyrang beberapa syarikat seperti Federal Reserve Bank of Atlanta, BMW AG, Balai kota Philadelphia dan ribuan syarikat serta pengguna rumah lainnya. Walaupun asalnya dikatakan dari China, tapi varian Blaster B-nya diciptakan oleh Jeffrey Lee Parson yang masih berusia 18 tahun pada masa itu, yang kemudian ditangkap kerana ia memprogramkannya untuk menghubungi sebuah domain yang berdaftar atas nama ayahnya.
8. My Doom, 2004
Email yang berisi virus ini pertama kali dikesan pada tanggal 26 Januari dan dengan cepat tersebar dengan cara menampilkan dirinya sebagai pesan error yang memiliki attachment, yang jika dibuka akan mengjangkiti sistem sekaligus mengirimkan salinan dari dirinya ke semua alamat yang ada di address book dan juga menyusupkan dirinya ke dalam file sharing Kazaa. Anehnya, MyDoom tidak mengjangkiti komputer di beberapa universitai tertentu (University of California, Berkeley; Massachusetts Institute of Technology; Rutgers University dan Stanford University) dan syarikat tertentu (Microsoft dan Symantec Corp.), tapi kemudian virus ini meluncurkan serangan DoS terhadap Microsoft dan The SCO Group Inc., dianggarkan 1 juta mesin yang telah dijangkiti. Versi yang berikutnya juga menyerang search engine Google, AltaVista dan Lycos Inc.
9. Sasser, 2004
Pada 30 April, Sasser tersebar di antara komputer yang menggunakan Windows XP dan Windows 2000 dengan mengeksploitasi kelemahan buffer overflow dalam OS ini. Virus ini menyebabkan berbagai kesan yang aneh di dunia nyata, antara lain memaksa Delta Air Lines Inc. untuk membatalkan 40 penerbangan trans-Atlantic dan pembuat kereta api di Australia tertunda karena operatornya tidak dapat berkomunikasi dengan petugas pemberi signal. Pencipta Sasser iaitu seorang remaja Jerman dianggap sebagai remaja bermasalah dan diberikan hukuman 21 bulan.
10. Witty, 2004
Bemula pada 19 March, Witty adalah salah satu worm pertama yang secara spesifik menyerang software network-protection, dalam kes ini adalah produk IBM Internet Security System (BlackICE, RealSecure Desktop, RealSecure Network dan RealSecure Server Sensor). Witty juga membawa sebuah koding yang bersifat merosak, berganti menyerang 20 ribu alamat IP secara rawak, menghapus sebagian hard disk komputer yang dijangkiti. Kesan keseluruhan Witty masih relatif kecil kerana ia hanya menyerang produk – produk beberapa vendor di atas, akan tetapi Witty mendemonstrasikan bahawa sebuah worm dapat mempengaruhi sekumpulan komputer dan jaringan di mana para administrator telah mengambil langkah untuk memperkuat pertahanan jaringannya secara proaktif.
Untuk sumber artikel klik disini

Aneh pada Windows…cubalah..


Apakah ini satu ke-anehan atau satu ke-lemahan yang wujud pada windows kepunyaan Microsoft. Memang tidak dinafikan sesuatu yang di anggap sempurna itu ada kelemahannya juga.
Namun apa yang diberikan ini adalah satu keanehan (bagi saya setelah mencubanya) yang berlaku kepada sistem operasi Windows anda. Berikut , terdapat beberapa fenomena aneh yang berlaku. Mungkin ada di antara kita yang telah mengetahuinya, tapi tak salah bila kita ingin mencubanya.
Pelik tapi benar..
MAGIC #1
Orang India menemukan bahawa tidak ada seorang pun yang dapat membuat FOLDER di komputer dengan program Microsoft manapun dengan tajuk folder “CON”. Ini merupakan sesuatu yang nyata dan seluruh warga Microsoft sendiri tidak dapat menjawabnya kenapa hal ini boleh terjadi. Cubalah dengan membuat sebuah folder dengan nama CON atau con.
Bukalah My Document -> File -> New -> Folder -> taip CON atau Con atau con
Apa yang terjadi?…tentu nama folder tersebut tidak menjadi…he he
MAGIC #2
Bagi anda para pengguna Windows, lakukanlah hal berikut ini:
1) Buka sebuah notepad file kosong
2) Taipkan perkataan “Bush hid the facts” atau “this app can break” (tanpa tanda quote)
3) Save di mana pun anda suka
4) Tutuplah dan bukalah kembali file tersebut.
Aneh bukan?….anda sendiri mungkin tidak faham tulisan itu.
MAGIC #3: Microsoft Crazy Facts
Cobalah hal yang menarik ini, sungguh aneh! Bahkan Bill Gates sendiri tidak menemui jawapannya kenapa ini boleh terjadi sedemikian! Hal ini ditemui oleh orang Brazil.
1)Buka program Microsoft Word dan taipkan : “=rand (200, 99)” – (tanpa tanda quote)
2) Kemudian tekan ENTER
Apa yang anda hasilkan? Menarik bukan?
Begitulah beberapa magic yang terjadi kepada Windows anda..anda fikirkan sendiri apakah ini satu kelemahan atau satu keanehan…

p/s : Info ini dari rakan IT sedunia..

Icon pendrive tidak muncul


Pernahkah terjadi kepada anda….? Apabila anda cuba untuk memasang pen drive ke komputer anda, proses autorun tidak berjalan dan icon pendrive tidak muncul pada My Computer.
Sepatutnya bila kita memasang pen drive ke komputer, ia akan muncul secara autorun dan pada My Computer ia akan kelihatan seperti gambarajah dibawah.
pendrive1.png
Namun, dalam keadaan tertentu akan terjadi icon pendrive tidak muncul secara automatik walaupun anda telah refresh (F5) beberapa kali. Berikut diterangkan beberapa langkah yang membolehkan anda mencapai kandungan pen drive tersebut jika berlaku keadaan di atas.
  1. Buka browser My Computer anda. Pilih “Tools” – “Folder Options..
  2. Gambarajah “Folder Options” seperti berikut akan muncul.
  3. Pilih tab “View” dan pilih “Show hidden files and folders“. Kemudian klik OK.
pendrive2.png
Jika tiada masalah, sepatutnya icon pen drive pada My Computer akan muncul seperti gambarajah pertama di atas.
Jika icon pen drive itu tidak muncul juga, sila ikuti langkah-langkah berikut :
  1. Klik kanan pada “My Computer” anda dan pilih “Manage..“.
  2. Tetingkap “Computer Management” muncul dan pilih “Disk Management“.
  3. Gambarajah seperti di bawah akan muncul.
  4. Klik kanan pada pen drive (Removable Disk) dan “Open
pendrive3.png
Tetingkap pen drive anda muncul. Sekarang bolehlah anda mencapai maklumat yang terdapat di dalam pen drive anda.

YM 9 untuk vista dikeluarkan


Pertama kali Yahoo melancarkan Yahoo Messenger untuk Windows 9.0, salah seorang komentator mengatakan bahawa sangatlah disesalkan versi YM untuk Vista belum dikeluarkan. Ramai juga yang kecewa kerana versi 9.o tidak memiliki fungsi tab.
Image Hosted by ImageShack.us
KINI, kedua – dua YM tersebut telah tiba. Yahoo telah mengeluarkan sebuah versi YM untuk Vista yang memiliki fungsi tabbed windows. Versi terbaru ini juga telah memiliki penampilan yang disesuaikan untuk Vista dan dapat di-integrasikan ke dalam gadget bar Vista. Fungsi-fungsi lainnya termasuklah mengubah paparan contact list dan automatic filtering untuk contact anda semasa klik pencarian nama. Untuk mendapatkan Yahoo Messenger for VISTA ini, klik download sekarang.
Klik di sini untuk sumber artikel.

7 shortcut untuk menjadi sepantas kilat


Anda hanya perlu menguasai 7 shortcut untuk membuat sesuatu dengan lebih cepat. 7 shortcut yang dimaksudkan untuk membuat browsing dan penggunaan PC yang asas menjadi lebih mudah. Sebahagian dari teknik ini hanya dapat diaplikasikan dengan Firefox, namun kebanyakan dapat dilaksanakan dengan semua browser.
Image Hosted by ImageShack.us
Tombol Mouse Scroll
Siapapun yang menghabiskan banyak masa di Internet akan mengatakan bahawa shortcut ini sangat bermanfaat. Jika anda menggunakan Firefox, anda dapat menggunakan tombol scroll pada mouse untuk membuka link dalam tab baru.
Quick Searches
Ada dua perkara yang membuatkan Firefox menjadi browser yang diminati, yang pertama adalah fungsi tab, dan yang kedua adalah quick search (pencarian cepat). Banyak orang yang belum menggunakan fungsi ini, namun sebaiknya setelah anda membaca artikel ini anda seharusnya tahu fungsi tersebut.
Fungsi Quick Search Firefox memungkinkan anda untuk melakukan set-up akses satu klik pada laman web kegemaran anda.
Bagaimana cara menggunakannya:
  1. Pergilah ke laman web yang anda ingin set-up untuk quick search.
  2. Klik kanan pada search field dan pilih “Add a Keyword for this Search...”
  3. Pilih sebuah kata dan masukan kata tersebut pada “Keyword” field.
  4. Tekan OK.
  5. Jika lain kali anda ingin mencari laman web tersebut tersebut, anda hanya pergi ke address bar dan taipkan kata yang ingin dicari.
Open New Tab Window
Hanya untuk Firefox browser. Dengan menekan Ctrl+T anda telah membuka tab kosong. Ini juga merupakan salah satu yang termudah untuk diingat.
Menggunakan Google sebagai unit converter
Ingin mengubah USD ke EUR? Atau meter ke kilometer? Apapun unitnya, anda boleh dengan mudah melakukannya dengan Google. Hnaya menaip (”45 GBP in USD”, “31 miles in km”) atau kata lainnya dan cari. Google akan secara instant mengubah seluruh unit dan menunjukan hasilnya.
Image Hosted by ImageShack.us
OpenDNS
Cara ini membolehkan anda untuk memiliki sambungan Internet yang lebih cepat dan selesa. Anda perlu membuka connection setting dan mengubah DNS server menjadi OpenDNS.
Image Hosted by ImageShack.us
Show Desktop Shortcut
Windows Button + D” akan menutup semua windows aktif di Taskbar. Jika anda ingin pergi ke satu ikon di desktop anda, ini adalah cara yang paling cepat.
Copy, Paste dan Cut
Ctrl + C: Copy
Ctrl + V: Paste
Ctrl + X: Cut
Jika anda tahu shortcut lainnya? Anda boleh kongsikan kepada kami di artikel ini.

Buat CD Windows XP + Sata Dengan NLite


Tentu ada diantara anda mengalami masalah ketika hendak install windows XP di sebuah laptop, masalah berlaku apabila laptop kita tidak dapat detect hardisk ketika hendak install windows XP di laptop anda, ini kerana hardisk anda adalah jenis sata. Keadaan ini juga berlaku kepada PC yang menggunakan SATA Hardisc.
Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasukkan sata driver ke dalam CD Windows XP anda. Caranya dengan membuat sebuah cd windows Xp baru + sata.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah download perisian nlite di SINI
Sebelum itu anda perlu install Microsoft .NET Framework ke komputer anda sebelum install Nlite ini. Anda boleh mendapatkan di SINI . Selepas itu install Nlite tersebut.
Persediaan yang perlu anda perlukan?
  1. CD windows XP
  2. Perisian Nlite
  3. Driver Sata (Download disini)
  4. Net Framework(jika belum diinstall di komputer anda.
Extract fail driver sata di tempat yang sesuai. Contoh di desktop.
Ikut arahan dibawah :
Perhatian : Sebelum itu anda perlu buat sebuah folder di desktop atau dimana sahaja, anda boleh meletakkan nama folder tersebut sebagai windows XP (terpulang kepada anda). Biarkan folder tersebut kosong.

Lancarkan perisia Nlite anda.

nlite1.jpg
Klik butang Next apabila gambar seperti ini keluar. Kemudian masukkan Cd windows XP anda dan klik browse dan pilih dimana anda letak Cd windows Xp tersebut dan klik Ok.

nlite3.jpg

nlite4.jpg

Kemudian apabila mesej seperti diatas keluar, anda browse dan pilih dimana folder kosong yang anda telah buat tadi, kemudian klik OK.

nlite5.jpg

nlite6.jpg

Tunggu proses diatas selesai kemudian klik butang Next.

nlite7.jpg

nlite8.jpg

Kemudian apabila mesej import seperti di atas keluar, klik Next. Kemudian Klik Bootable ISO dan Drivers. Kemudian klik butang next.

nlite9.jpg

nlitesata.jpg

Klik butang insert => Singe Driver = > Disini anda perlu cari driver sata yang telah saya berikan, terdapat dua fail format “.inf” dalam folder sata tersebut. Klik iaachi.inf. Kemudian anda perlu klik pilihan seperti diatas dan klik OK.

nlite14.jpg

nlite12.jpg
Klik Ok untuk teruskan. Kemudian Klik Next. Mesej seperti diatas dikeluarkan. Dalam gambarajah di atas terdapat butang Make ISO. Klik butang tersebut. Pilih dimana fail ISO tersebut akan disave. Kemudian Klik Save.

nlite13.jpg
Tunggu proses tersebut selesai.

nlite15.jpg

Klik butang Finish .
Tahniah!anda telah berjaya membuat Cd windows XP + Sata. Anda boleh burn Fail windows Xp ISO tersebut ke dalam CD-R.
Sumber artikel di sini.

Mengubah Butang START Windows


Untuk mendapatkan satu-satu program pada windows anda, biasanya anda menggunakan butang “START” dan masuk ke “All Program“. Namun pernahkah anda bosan dengan perkataan “START” ini dan ingin menggantikan perkataan tersebut dengan perkataan yang anda sukai…




Persoalannya, bolehkah perkataan “START” ini ditukar..? Memang boleh… Ikuti penerangan berikut :
1. Download Resource Hacker di laman web http://www.users.on.net/johnson/resourcehacker.
2. Backup file explorer.exe yang berada di C:-Windows-. Salin file itu ke tempat lain dengan nama yang berbeza, misalnya dengan nama “explorer1.exe“. Jalankan Resource Hacker dan buka explorer.exe.
3. Pilih [String Table] dan klik dua kali  untuk melihat kandungan String Table.
4. Klik dua kali lagi pada [37] dan klik sekali pada [1033]. Yang perlu diubah adalah item 578, di sana tertulis “Start” yang merupakan kata pada butang [Start].
5. Ganti kata START sesuai yang anda kehendaki dan pastikan anda tidak menggunakan ruang (space). Kemudian simpan dengan nama explorer[nama].exe di direktori C:-Windows. Misalnya, anda menggantinya dengan explorertes.exe.
6. Setelah itu, anda boleh keluar dari Resource Hacker.
7. Klik [Start] > [Run] kemudian taipkan “regedit” dan tekan [Enter].
8. Seterusnyanya masuk ke sub key HKEY_LOCAL_MACHINE-SOFTWARE-Microsoft-Windows NT-CurrentVersion-Winlogon.
9. Cari string bernama Shell, kemudian klik dua kali dan ganti niali data-nya dengan nama yang tadi anda simpan.
10. Akhir sekali klik [OK] dan keluar dari Registry Editor. Untuk melihat hasilnya restart komputer Anda.

(Sumber: PCplus)

Masalah dalam Microsoft Excel 2007


Sebenarnya masalah ini wujud sejak tahun 2007 lagi dan pihak Microsoft sudah diberitahu mengenainya.
Microsoft Excel 2007 mempunyai masalah untuk menyelesaikan masalah darab (multiply) yang berakhir dengan jawapan 65,535.
Apabila pengiraan darab yang memberi jawapan 65,535, Microsoft Excel 2007 akan memberi jawapan default 100,000.
 Masalah ini sudah disampaikan kepada pihak Microsoft dan mereka berjanji untuk menyelesaikannya.
Malang sehingga ke hari ini, masalah ini masih tiada jalan penyelesaian dari pihak Microsoft dan mungkin juga dari Texas Instrument.
Cuba kita selesaikan masalah darab dibawah dengan menggunakan Microsoft Excel 2007, pasti jawapannya akan menjadi 100,000
=850*77.1
=5.1*12850
=10.2*6425
=20.4*3212.5
=40.8*1606.25
=77.1*850
=154.2*425
=212.5*308.4
=308.4*212.5
=425*154.2
Jadi, kepada sesiapa yang mengunakan Microsoft excel 2007 untuk membuat account, sila semak semula account anda.

Koleksi Ebook


Ebook percuma daripada RahsiaKomputer.com. Download jika anda berminat terhadap ebook tersebut.
Untuk download, sila klik kanan pada link di bawah dan pilih “Save Link As…”


BINA BLOG DENGAN BLOGGER.COM
Panduan membina blog secara percuma dengan
blogger.com


BUAT IMAGE DENGAN WORD

Panduan membina image kegemaran anda
jika anda tidak mempunyai perisian untuk
membina image seperti photoshop, corel
draw dan sebagainya


PANDUAN MEMBELI SACARA ONLINE

Ebook yang ditulis Raja Adsense….
jika anda masih tidak tahu atau ragu
membeli produk secara online, panduan
ini memang sesuai untuk anda

Download NOW ….

Bebaskan Firefox dari Skrip Jahat


Banyak orang beranggapan Mozilla Firefox itu merupakan browser paling selamat. Apalagi dengan adanya sokongan dari komunit open source yang cukup besar, kelemahan keselamatan yang muncul dapat segera dibaiki. Itu yang menyebabkan browser berlambang rubah api ini menjadi kegemaran.
Lalu muncul anggapan pengguna awam yang berpendapat bahawa dengan hanya bermodalkan browser ini komputer akan selamat dari serangan hacker. Padahal belum tentu. Kalau mahu selamat —tapi tak 100% selamat —antivirus, antispyware, firewall, dan alat perang lainnya mesti dipasang.
NoScript adalah salah satu ekstensi Firefox yang boleh digunakan untuk keselamatan menggunakan browser ini. Ekstensi yang dapat didownload secara percuma dari laman web www.noscript.net ini boleh digunakan untuk menyekat segala jenis skrip (khususnya JavaScript) yang ditanamkan dalam sebuah laman web.
Setelah di-install, aturlah NoScript dengan cara klik kanan pada tetingkap Firefox, lalu pilih menu [NoScript] > [Options…]. Pada tab [General] yang terbuka, berikan wildcard terhadap laman web yang sudah boleh dipastikan keselamatannya.
Jika kedapatan sebuah skrip dalam sebuah laman web, NoScript ini akan memberitahu dengan memunculkan pesan seperti ini: “Scripts Currently Forbidden”. Jika dirasa tidak membahayakan, klik [Options] > [Temporarily allow file://] atau [Options…] > [Allow file://] untuk membolehkan skrip sejenis ini berjalan secara terus-menerus.

Sumber: PCplus

Tips Meningkatkan Kepantasan Komputer Anda


Terdapat beberapa tips yang ditemui secara online, dan kami berfikir untuk berkongsi kepada semua pembaca sebagai panduan dan tips untuk mereka.
Setelah semakin lama anda memiliki komputer, anda akan merasakan semakin lama semakin lambat pula komputer tersebut. Kebanyakan orang tidak akan mengganti komputernya sehingga komputer tersebut lambat dan mereka merasakan mereka perlu yang baru, yang lebih pantas.
Ada pula merasa hanya kerana komputer tersebut sudah tua. Sebenarnya komputer tua ataupun baru tetap dapat berjalan dengan cepat – secepat ketika anda pertama kali membawanya ke rumah anda – jika anda mengikuti 10 langkah mudah untuk meningkatkan kepantasan komputer anda.

TIPS 1 : Kosongkan Temp Directory secara berkala
Setiap kali anda menjalankan sebuah program, itu akan membuat sebuah temporary file, sehingga anda menyimpan atau menutup file tersebut. Alasannya adalah kerana ketika kejadian seperti komputer anda mati secara tiba-tiba ataupun programnya mati, anda dapat recovery file anda semula. Ini memang berguna tapi kadang kala ketika anda menyalakan computer anda kembali, entah komputer ataupun programnya, biasanya file tersebut akan memperlambat prosesnya.
Selain itu, temp file juga dapat muncul ketika anda meng-install sebuah program. Dalam jangka waktu yang singkat, temp directory anda akan berisi ratusan bahkan ribuan file yang menunggu anda hapus kerana kewujudannya memperlambatkan komputer anda. Cara yang paling baik adalah hapuslah file tersebut ketika anda sedang tidak memproses sesuatu dengan komputer anda.
Untuk delete Temp File, pastikan tiada masalah untuk membukanya. Seterusnya ikuti langkah berikut :
  • Dalam Windows 95, 98 atau ME…pergi ke C:WindowsTemp dan delete semua fail yang terdapat di dalam Temp Folder tersebut.
q108334_3.gif
  • Dalam Windows 2000 atau XP, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Pertama, pastikan anda dapat melihat folder yang disembunyikan. Caranya, buka My Computer – pilih menu Tools – pilih Folder Options. Seterusnya pilih tab View, scroll down dan klik pada “Show Hidden Files and Folders”. Klik OK…… Sekarang pergi ke folder C:Document and Setting – Administrator Local Settings Temp. Delete semua yang anda didalamnya……Anda juga boleh melihat di folder C:Windows (atau Winnt) – Temp atau Tmp. Delete semua fail yang ada di dalamnya dengan serta merta.