Info Komputer

welcome

Selamat datang ke blog info komputer semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mendalami ilmu berkaitan dengan komputer. Mafaatkalah blog info komputer ini sebaik mungkin semoga membantu anda dalam masalah berkaitan komputer.

Icon pendrive tidak muncul


Pernahkah terjadi kepada anda….? Apabila anda cuba untuk memasang pen drive ke komputer anda, proses autorun tidak berjalan dan icon pendrive tidak muncul pada My Computer.
Sepatutnya bila kita memasang pen drive ke komputer, ia akan muncul secara autorun dan pada My Computer ia akan kelihatan seperti gambarajah dibawah.
pendrive1.png
Namun, dalam keadaan tertentu akan terjadi icon pendrive tidak muncul secara automatik walaupun anda telah refresh (F5) beberapa kali. Berikut diterangkan beberapa langkah yang membolehkan anda mencapai kandungan pen drive tersebut jika berlaku keadaan di atas.
  1. Buka browser My Computer anda. Pilih “Tools” – “Folder Options..
  2. Gambarajah “Folder Options” seperti berikut akan muncul.
  3. Pilih tab “View” dan pilih “Show hidden files and folders“. Kemudian klik OK.
pendrive2.png
Jika tiada masalah, sepatutnya icon pen drive pada My Computer akan muncul seperti gambarajah pertama di atas.
Jika icon pen drive itu tidak muncul juga, sila ikuti langkah-langkah berikut :
  1. Klik kanan pada “My Computer” anda dan pilih “Manage..“.
  2. Tetingkap “Computer Management” muncul dan pilih “Disk Management“.
  3. Gambarajah seperti di bawah akan muncul.
  4. Klik kanan pada pen drive (Removable Disk) dan “Open
pendrive3.png
Tetingkap pen drive anda muncul. Sekarang bolehlah anda mencapai maklumat yang terdapat di dalam pen drive anda.

0 comments:

Post a Comment