Info Komputer

welcome

Selamat datang ke blog info komputer semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mendalami ilmu berkaitan dengan komputer. Mafaatkalah blog info komputer ini sebaik mungkin semoga membantu anda dalam masalah berkaitan komputer.

MS CONFIG


TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA Satu perkara yang menyebabkan kuasa komputer anda menurun secara mendadak adalah program-program yang tidak diperlukan yang berjalan di background anda. Sebahagian dari program ini dapat dilihat di System Tray anda. Ini adalah program kecil yang “memakan” ruang memory dan tenaga proses anda. Sebahagian daripadanya mungkin anda perlukan dan sebahagiannya lagi tidak. Beberapa program yang tidak anda perlukan adalah seperti printer icons, CD burning icons, shortcut to programs, AOL, any Instant Messaging Programs, etc.
Hanya kerana program tidak selalu digunakan, tidak bermakna anda tidak dapat mencetak, membuat CD atau Instant Message. Segala program ini dapat dijalankan ketika anda memerlukannya, iaitu melalui shortcut.
Untuk menghentikan sebahagian program-program tersebut, anda memerlukan utiliti yang dipanggil MSCONFIG. Melaluinya anda boleh mematikan (turn OFF) item Start Up yang tidak diperlukan.
msconfig1.gif
a. Dalam Windows 98, Me, dan XP, klik Start – Run dan taip “msconfig“. Seterusnya klik pada tab Startup. Anda dapat melihat senarai maklumat yang berjalan di background, sebahagiannya pula dapat dilihat di dalam System Tray. Di sini anda perlu berhati-hati semasa membuat penetapan kerana sebahagian maklumat tersebut diperlukan untuk komputer anda. Item yang anda perlukan adalah seperti Ctfmon.exe (XP), Scan Registry (Win98, Me), Task Monitor (Win98, Me), System Tray (Win98, Me), LoadPowerProfile (Win98, Me), Rundll.32, program AntiVirus (seperti McAfee, Norton, or AVG). Selebihnya anda boleh uncheck, seperti NeroCheck, ypager, qttask, AOL, dan beberapa program Instant Messaging. Perlu diingat, jika sesuatu tidak berfungsi anda perlu “on” tersebut semula. Anda perlu reboot semula komputer selepas membuat sebarang perubahan. Selepas mematikan beberapa program yang tidak penting, anda akan dapat melihat komputer anda akan berfungsi lebih baik daripada sebelumnya.
b. Dalam Windows 2000, MSCONFIG tidak wujud. Anda perlu download utiliti MSCONFIG. Selepas install utiliti tersebut, anda boleh jalankannya sama seperti anda menggunakan Windows 98 & XP.
Selepas proses reboot, anda akan dapati satu masej tentang “configuration utility was edited“. Anda hanya perlu tanda “not to show that in the future”. Ini menunjukkan yang sesuatu perubahan dan penetan telah dibuat di dalam MSCONFIG.

0 comments:

Post a Comment