Info Komputer

welcome

Selamat datang ke blog info komputer semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mendalami ilmu berkaitan dengan komputer. Mafaatkalah blog info komputer ini sebaik mungkin semoga membantu anda dalam masalah berkaitan komputer.

Defragmentation Hard Disk Anda


TIPS 10 : TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA
Ini adalah siri terakhir dalam SIRI10 tips bagaimana meningkatkan kepantasan komputer anda. Sesiapa yang belum membaca sepenuhnya setiap tips-tips yang diberikan sebelum ini, sila baca “Post Berkaitan” di akhir posting ini.
Jika anda belum pernah melakukan ini, atau sudah beberapa lama tidak melakukan proses defragmaentation, langkah ini adalah yang paling penting yang akan memberikan kepantasan kepada komputer anda.
Bila anda menggunakan komputer, drives anda menjadi fragmented, apabila anda membuat dan menghapus sesebuah file. Hanya kerana sebuah file sebesar 10mb, tidak bererti 10mb itu hanya berada pada satu drive atau bahagian sahaja. Keadaan ini boleh menyebabkan akses fail yang dikehendaki akan mengambil masa yang banyak kerana kedudukan fail terpisah di dalam hard disc. Maka dari itu, defragmenting diperlukan. Ketika anda mendefrag hard drive anda, proses ini meng-copy seluruh potongan fail yang terpisah kepada satu tempat sementara pada hard drive, dan kemudian mengisi dengan semua potongan file tersebut dalam kedudukan yang sama.
defrag1.jpg
Harus diingat, untuk menjadikan proses defragment lebih efisen, pastikan hardisc anda mempunyai ruangan kosong sebanyak 25%. Jika tidak ruagan tidak mencukupi, proses defragment akan menjadi terlalu lambat. Oleh itu, delete sebahagian fail atau perisian yang tidak penting dan tidak digunakan.
Untuk melakukan proses defragment hardisc anda (Sistem Operasi Windows), klik dua kali “My Computer“. Klik kanan pada dirve C dan pilih “Properties“. Seterusnya, pilih tab “Tools” dan pilih butang “Defragment Now..”. Satu tetingkap akan muncul dan anda boleh pilih drive C atau D dan tekan butang “Defragment“.
diskdefragment4.gif
Proses Defragment akan berjalan sehingga selesai. Ia akan bergantung kepada kuasa processing anda, saiz RAM yang tersedia, saiz dan kepantasan drive dan beberapa perkara yang berkaitan.


0 comments:

Post a Comment