Info Komputer

welcome

Selamat datang ke blog info komputer semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mendalami ilmu berkaitan dengan komputer. Mafaatkalah blog info komputer ini sebaik mungkin semoga membantu anda dalam masalah berkaitan komputer.

Tips Tips dan Tips.....


Format Machine
sebelum format sesuatu machine kene pastikan semua software dan driver lengkap... tak boleh nak pakai format terus.... pasti kan sebelum format masuk dulu DEVICE MANAGER untuk pastikan driver driver yang berkenaan.. contohnya driver vga jenis ape..... sound jenis ape... lepas tuh baru boleh format..... Nie le sedikit sebanyak step untuk orang yang baru nak belajar format machine nih... kang kalo semua dah lengkap aku ingat nak buat satu topic sticky kot...

1. Check driver machine... VGA, SOUND, etc
2. Sediakan CD software.... Operation System(OS) , etc (cth: MsOffice, Winamp, Mp3, Driver)
3. Hardware yang sihat sihat belaka......

Cara nak format:
1. Masukkan CD OS... pastikan jenis driver telah dikenalpasti, dan pastikan juga CD itu BOOTABLE. Sebelum masukkan cd restart machine masuk dalam bios... lepas tuh setkan 1st boot CDROM 2nd boot HD.... (andaikan anda tak gunakan startup disk floppy) Save setup & exit. Restart.
2. Ikut arahan yang ada dalam CD tuh.... Start Computer with CD support kot (lupa die tulis apa)
3. Tetapkan saiz partition dan format partition sama ada FAT atau NTFS
4. Format partition yang telah dibuat... restart kembali.. dan seterusnya ikut arahan CD tersebut.... (cth: masukkan no serial OS)
4. Selepas siap install OS install lah pulak vga, sound, network card, printer, etc.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Servis RAM
Gunakan pemadam pensil atau pen kemudian tonyohkan pemadam tersebut pada plat tembaga RAM anda..... buat dengan berhati-hati..... apabila anda lihat tembaga tersebut kekuning-kuningan bermakna RAM anda telah siap di servis.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Buang File
Kalau anda ni jenis pemalas nak bersihkan recycle bin anda tips nih paling sesuai untuk anda. Masa nak del sesuatu file dalam machine anda tuh pilih folder yang nak del.... kemudian tekan kekunci Shift + Del. Senang kan?
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Pilih Windows
Ini pulak bagi mereka yang tak suka gunakan mouse macam saya nih.... Cara nya tekan Alt + Tab. Pilihla aplikasi mana yang anda mahukan
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Memasang pemacu keras
Biasanya, pemacu keras adalah peranti storan utama PC. Apabila anda memasang sesebuah sistem operasi (OS) atau aplikasi, ia disimpan pada pemacu keras. Julat kapasiti pemacu keras biasanya di antara 10GB sehingga 120GB untuk sebuah PC standard. Pemacu keras yang digunakan dalam contoh ini ialah pemacu IDE Seagate 20GB. Pasang pemacu ini pada kedudukan ‘primary master’ menggunakan kabel riben IDE.

1. Gunakan ‘jumper’ sedia ada, konfigurasi pemacu untuk menjadi “Master” pada satu saluran IDE.
2. Hubungkan kabel riben IDE pada papan induk dan pastikan orientasi Pin 1 adalah tepat (Pin 1 bertanda jalur merah pada kabel riben dan nombor 1 pada penghubung ‘primary master’ pada papan induk).
3. Pasangkan pemacu keras tadi pada kabel riben IDE pada kedudukan ‘master’ (pada bahagian hujung kabel riben IDE). Kemudian, pastikan agar kabel riben IDE tadi dipalamkan pada Pin 1 pada pemacu keras (Pin 1 pada pemacu keras adalah yang menghadap atau bersemuka dengan penyambung kuasa).
4. Letakkan pemacu keras tersebut ke dalam pelantar “HD 1” pada ‘casing’ komputer dan ‘ikat’ pemacu berkenaan dengan menggunakan skru pengikat pemacu yang berjumlah empat butir kesemuanya.

Memasang CD-ROM
CD-ROM (Compact Disk-Read Only Memory) pula digunakan untuk memindahkan data atau aplikasi ke dalam PC anda. Data pada CD-ROM dibaca oleh laser - tidak seperti pemacu keras yang menggunakan kepala pembaca/menulis (read/write). Kapasiti CD-ROM juga cukup besar, namun kebanyakannya boleh menyimpan 700MB sehingga 800MB data. Hanya CDR/RW boleh diformatkan untuk ditulis menggunakan pemacu CD-RW. Dalam contoh ini pemacu CD-ROM Sony 48x akan dipasang sebagai ‘secondary master’.

1. Gunakan ‘jumper’ yang disediakan untuk mengkonfigurasi pemacu menjadi ‘Master’ pada satu saluran IDE. Ketetapan untuk ‘jumper’ tersebut ada dinyatakan pada pemacu itu sendiri.
2. Hubungkan kabel riben IDE pada papan induk dan pastikan Pin 1 berada pada kedudukan betul (Pin 1 ditandai jalur merah pada riben kabel dan angka 1 pada penghubung ‘secondary master’ papan induk).
3. Pasangkan pemacu CD-ROM tadi pada kabel riben IDE pada kedudukan ‘master’ (di hujung kabel riben IDE). Pastikan bahawa kabel riben IDE ditempatkan pada Pin 1 pada pemacu CD-ROM (Pin 1 pada pemacu CD-ROM adalah berhadapan atau bersemuka dengan penghubung kuasa).
4. Pasangkan kabel audio untuk CD-ROM. Tempatkan pemacu CD-ROM tadi ke dalam pelantar 25” di bahagian atas ‘casing’ komputer anda dan ‘ikat’ pemacu tersebut menggunakan 4 unit skru pemacu.

Mamasang pemacu disket
Pemacu disket menyimpan maklumat seperti pemacu keras yang menggunakan kepala pembaca/menulis (read/write). Pemacu disket hanya menyimpan sejumlah kecil data berbanding apa yang mampu disimpan pada CDR/RW dan pemacu keras. Disket standard memiliki kapasiti data 1.44MB (berbanding 700MB pada CD-ROM standard). Bagaimanapun, pemacu disket telah teruji dari masa ke semasa dan sehingga hari ini, ia masih dianggap sebagai komponen standard PC. Dengan lain perkataan, peranti ini masih digunakan.

1. Kenal pasti kabel riben pemacu disket IDE (kabel ini berpintal pada satu hujungnya) dan sisipkannya kepada penghubung pemacu disket yang terdapat pada papan induk. Pastikan hujungnya yang berpintal itu rapat dengan pemacu disket dan Pin 1 berada pada kedudukan betul (sama seperti pemacu keras).
2. Seterusnya, hubungkan pemacu disket tadi ke hujung kabel riben IDE dan pastikan Pin 1 berada pada kedudukan yang betul. Anda boleh berpandukan kepada jalur merah yang terdapat pada kabel tersebut.

Sumber: http://www.karangkraf.com.my/E-Majalah/MajalahPC/

0 comments:

Post a Comment